Welcome!

Contoh Karangan UPSR: CATATAN HARIAN, by NUR ALIAH ATHIRAH BINTI MOHS ARSAD
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor NUR ALIAH ATHIRAH BINTI MOHS ARSAD
Title:CATATAN HARIAN
2010-07-02 19:57
Isnin, 10 Ogos 2009

Hari ini aku berasa tidak sabar hendak ke sekolah kerana aku telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Aku berasa bangga kerana diberi kepercayaan dan aku berazam akan menjalankan tugasku dengan penuh tanggungjawab. Aku segera bersiap - siap untuk ke sekolah.

Ketika di sekolah, cikgu telah membuat pengumuman bahawa semua pengawas sessi tahun ini berkumpul di bilik pengawas.

Setengah jam kemudian cikgu telah pun membahagikan tugas masing - masing. Aku berasa sungguh gembira kerana telah bergelar pengawas sekolah sekarang.

Selasa, 12 Ogos 2009

Aku mula menjalankan tugas menjaga pintu masuk sekolah. Selepas loceng berdering, terdapat beberapa orang murid yang masih lagi tiba lewat dari waktu yang telah ditetapkan iaitu selepas pukul 7.30 pagi.

Aku mencatat nama murid - murid tersebut berserta dengan kelas mereka. Ada diantara mereka yang menunjukkan ketakutan. Namun begitu, terdapat juga yang menunjukkan muka tidak puas hati. Aku hanya membalas dengan senyuman.

Rabu, 13 Ogos 2009

Hari ini aku ditugaskan untuk mengawal kantin semasa rehat bersama dengan 2 orang lagi pengawas. Terdapat beberapa orang murid yang membuang sampah merata - rata.Aku pun menegur mereka serta mengarah mereka supaya mengutip sampah itu semula dan membuangnya di dalam tong sampah.

Selain itu, ada murid - murid yang masih melanggar peraturan walaupun telah ditahan dan diberi nasihat. Aku terus mencatat nama mereka.

Khamis, 14 Ogos 2009

Aku mula menyedari ada kawan - kawanku yang mula menjauhkan diri mereka dariku. Aku tertanya - tanya apakah kesilapan yang telah aku lakukan sehingga mereka berbuat demikian.

Semasa aku berada di perpustakaan, aku terdengar perbualan antara 2 orang rakan kelasku. Mereka mengatakan aku tidak sesuai lagi menjadi rakan mereka kerana aku semakin sombong sejak menjawat jawatan sebagai pengawas sekolah.

Aku tersentap mendengar kata - kata mereka tentang diriku.

Namun begitu, aku akan tetap meneruskan tanggungjawabku dan bersikap seperti biasa terhadap rakan - rakanku. Bagiku, kata - kata mereka tidak akan menjadi penyebab untukku bermusuh dengan mereka. Seperti kata pepatah, "Musuh jangan dicari, Kawan biar beribu".

Jumaat, 15 Ogos 2009

Cukup sudah minggu pertama aku bergelar pengawas. Berbagai pengalaman dan pengajaran yang telah aku dapati. Namun begitu, yang paling tidak aku sangka, rakan - rakanku telah datang kepadaku dan memohon maaf kerana telah bersangka buruk tentang diriku. Aku terus memaafkan mereka dan berjanji akan bersikap seperti sediakala terhadap mereka.

Seterusnya aku juga bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadaku, dengan penuh dedikasi dan berhemah tinggi.


 

Submit a comment:

Name