Welcome!

Contoh Karangan UPSR: ceritakan suasana majlis perkahwinan yang pernah kamu hadiri., by nur izzany fazlin bt faizul ainol(skrc)
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak nur izzany fazlin bt faizul ainol(skrc)
Title:ceritakan suasana majlis perkahwinan yang pernah kamu hadiri.
2010-07-02 00:17
         Pada cuti penggal yang lepas,saya sekeluarga telah menghadiri majlis perkahwinan mak saudara saya.Majlis itu diadakan di rumahnya.

        

         Pada pukul 12.00 tengahari,ramai orang hadir di majlis itu.Kami dihidangkan dengan pelbagai makanan.Orang ramai juga dihidangkan dengan pelbagai makan seperti kuih muih,nasi dan lauk pauk.

         Sesudah sahaja kami makan,pengantin lelaki sudah pun tiba.Pengantin lelaki diiringi dengan pemain kompang.pengantin perempuan diiringi dengan pengantin lelaki.

         kedua mempelai itu naik keatas pelamin bersama-sama.Pesilat juga diadakan di hadapan pengantin.orang ramai bertepuk tangan keatas kedua mempelai itu.

         Saudara mara saya merenjis-renjis ke pengantin.Ramai orang menangkap gambar pengantin.Kami sekeluarga juga merenjis-renjis ke pengantin.

         Pada penghujung majlisn itu,pengantin lelaki dan perempuan memotong kek bersama-sama.mereka bersuap-suapan dihadapan orang ramai.Sesudah sahaja habis majlis itu,kami pun pulang ke rumah.


 

Submit a comment:

Name