Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebaikan tinggal di asrama., by wan9taon
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis wan9taon
Title:kebaikan tinggal di asrama.
2010-06-28 01:45
            Tinggal di asrama sering dikaitkan dengan sekolah berasrama penuh yang menempatkan murid-murid pintar.Namun pada hari ini, asrama juga terdapat di sekolah biasa. Hal ini kerana, tinggal di asrama banyak kebaikannya.

            Kehidupan harian murid yang tinggal di asrama lebih teratur dan berjadual.Mereka ada masa makan,belajar,dan mengulang kaji pelanjaran serta masa bermain.Penggunaan masa untuk aktiviti yang berfaedah amat penting kepada murid-murid.Ekoran itu,murid-murid lebih berdisiplin dan cermelang di dalam pelajaran.

            Selain itu,murid-murid yang tinggal di asrama juga dapat berlajar berdikariMereka belajar melakukan sesuatu dengan sendiri.Contohnya,membasuh baju dan membersihkan bilik tidur mereka.Sikap ini akan menjadi amalan apabila mereka pulang ke rumah masing-masing.Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
 

Submit a comment:

Name