4191 Poungsu Seribu,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
16 April 2010
Menemui ayahandaku yang kini berada di Perlis dengan selamatnya.Apa khabar ayahanda dan bonda di sana?Anakanda serta nenda di sini sentiasa sihat walafiat.Moga-moga ayahanda dan bonda lebih-lebih lagi hendaknya.
Ayahanda,
Tujuan anakanda melayangkan surat ini untuk meminta sedikit wang daripada ayahanda.Untuk pengetahuan ayahanda,guru kelas anakanda akan melawat ke Padang Kota Lama pada hujung minggu akan datang.Oleh sebab itu,anakanda akan mkeminta sedikit wang untuk belanja.Wang untuk ke lawatan telah nenda berikan.Anakanda ke sana selama sehari sahaja.
Sekian sahaja warkah anakanda untuk kali ini.Sampaikan salam anakanda kepada bonda serta ahli keluarga yang lain.Sekian terima kasih.
Yang iklas,
NURAIHAN NORDIN
(Nisa Nuraihan Binti Mohamad Noordin)
|