Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: Peribahasa “Bagai Kacang Lupakan Kulit”, by hanien(hanien_gurlz@yahoo.com)
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan hanien(hanien_gurlz@yahoo.com)
Title:Peribahasa “Bagai Kacang Lupakan Kulit”
2010-06-22 16:16
Peribahasa “Bagai Kacang Lupakan Kulit”

                     Marina merupakan anak tunggal kepada pasangan Encik Ramli dan Puan Zaharah.Dalam satu kemalangan jalan raya,ibu bapanya telah meninggal dunia.Dia dipelihara oleh Pak Raman dan Mak Mah sebagai anak angkat.

                        Pak Raman dan Mak Mah menjaga Marina seperti “menatang minyak yang penuh”.Oleh kerana anak perempuan mereka telah meninggal dunia,maka Marinalah anak kandung bagi mereka.Kegigihan mereka menjaga dan mendidik Marina telah menjadikan dia berjaya dalam pelajaran.

                    Kejayaan Marina menjawat jawatan yang baik di bandar telah membanggakan Pak Raman dan isterinya.Mereka berharap Marina akan menjaga mereka apabila mereka tua nanti.

                    Kesibukan tugas dan keadaan kota membuatkan Marina lupa akan Pak Raman dan isterinya.Dia menjadi semakin sombong apabila dinaikkan pangkat.Pak Raman dan isterinya tidak pernah dijenguk langsung.

                     Pak Raman dan isterinya merasa amat sedih dengan sikap Marina.Meskipun Marina seumpama “Bagai Kacang Lupakan Kulit”,namun Pak Raman dan isterinya tetap menyayanginya.Mereka berharap Marina akan pulang pada suatu hari nanti.Kini tinggallah Pak Raman dan isterinya tanpa perhatian anak yang amat dikasihinya.


 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name