Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Majlis Hari Jadi Adik Saya, by Tan Yit Qen
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Tan Yit Qen
Title:Majlis Hari Jadi Adik Saya
2010-06-22 03:03
    Adik kelihatan gembira sekali hari ini.Wajahnya berseri-seri.Kami sekeluarga mengadakan majlis hari jadinya yang kesembilan tahun.

    Majlis hari jadi adik diadakan pada malam minggu .Majlis itu dibuat di ruang tamu kami.Pada jam lapan malam tetamu mulai datang.

    Saudara-saudara kami yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur turut hadir.Begitu juga dengan jiran-jiran kami dan kawan-kawan sebaya dengan adik.

    Apabila acara bermula, adik diminta menuip sembilan batang lilin di atas kek.Kami beramai-ramai menyanyikan lagu hari jadi untuk adik.Selepas kek dipotong, adik mengagih-agihkan kek tersebut kepada para tamu.

    Selain menikmati kek, para tamu juga dihidangkan kuih-muih dan sate.Adik sungguh gembira menerima ucapan selamat hari jadi serta mendapat hadiah.

    Setelah hampir satu jam setengah, para tamu pun beransur pulang.Adik tidak sabar-sabar hendak membuka kotak-kotak hadiah yang diterimanya.
 

Sharaan/Nadarajan, (2018-04-23 02:19)
Sharaan/Nadarajan  

 
Sharaan/Nadarajan, (2018-04-23 02:19)
Sharaan/Nadarajan  

 
Kajal, (2018-04-19 00:57)
This karangan is good bit but too short.  

 
Submit a comment:

Name