Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Suasana dalam pameran buku, by Vikki Lim
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Vikki Lim
Title:Suasana dalam pameran buku
2010-06-18 03:55
     Pesta Buku Kebangsaan 2010 yang bertemakan "Buku - Lakaran Masa Depan" telah berlangsung selama sepuluh hari di Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur.Pameran ini disertai oleh penerbit-penerbit buku dari dalam dan luar negara.

     Aku dan dua orang rakanku,Jofree dan Albert Tan mengunjungi pesta buku berkenaan pada hari kelima pesta berlangsung.Walaupun jam pada ketika itu baru menunjukkan pukul 11.00 pagi,ribuan pengunjung telah memenuhi dewan tersebut.

     Terdapat lebih daripada 200 buah petak ruang pameran dalam pesta buku kali ke-28 ini.Pelbagai jenis buku dan bahan dipamerkan untuk jualan,antaranya buku rujukan,bahan multimedia serta bahan bantu mengajar.Hampir semua petak pameran menjadi tumpuan pengunjung.

     Petak pameran Penerbit Malar Hijau merupakan peak pameran yang aku kunjungi.Pelbagai buku cerita dan majalh terpakai dijual pada harga RM1.00 hingga RM5.00 senaskhah.Aku berasa sangat gembira kerana dapat membeli Majalah Pancing kegemaranku pada harga RM1.00 senaskhah.

     Aluna muzik dan suara hiruk-pikuk pengunjng menceriakan suasana di dalam dewan pameran.Kelihatan pengunjung membelek-belek buku dan sesetengahnya sedang mendengar penerangan daripada petugas pameran.Ada juga yangtidak melepaskan peluang mencuba baha multimedia yang dipamerkan.

     Menjelang jam 1.00 tengah hari,setelah penat melihat-lihat ruang pameran,aku dan kawan-kawanku beredar pulang.Kami bercadang untuk datang lagi pada tahun hadapan.
 

Submit a comment:

Name