Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-Cara Untuk Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Murid, by Triple S
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Triple S
Title:Cara-Cara Untuk Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Murid
2010-06-17 21:34
     Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan hadirin yang saya muliakan. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-cara untuk Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Murid".

     Amalan membaca haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Dalam pada itu, amalan membaca juga digalakkan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia. Ini adalah kerana, amalan membaca banyak memberikan manfaat.

Hadirin yang saya hormati,

    

     Murid-murid mestilah sedar bahawa membaca sangat penting dalam kehidupan kita. Bahan bacaan mengandungi banyak ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, kita bolehlah berjaya dalam kehidupan bak kata pepatah "ilmu itu jabatan kejayaan".

     Selain itu, ibu bapa juga haruslah memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk lebih membaca. Ibu bapa juga patutlah membeli bahan bacaan untuk anak dan mereka sendiri. Surat khabar yang mengandungi berbaga-bagai berita hendak dibeli setiap hari supaya tidak dikenali sebagai katak di bawah tempurung. Selain itu, murid-murid juga digalakkan pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.

Hadirin yang dihormati,

     Peranan sekolah pula, aktiviti seperti mengadakan kempen menanam minat membaca di kalangan murid juga patutlah diadakan setiap tahun. Kempen ini juga adalah satu cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Murid-murid juga boleh menambah perbendaharaan kata dengan membaca. Dengan ini, murid-murid akan berasa lebih senang untuk menjawab soalan peperiksaan penulisan dan sebagainya.

     Selain itu, murid-murid juga digalakkan untuk mengunjungi pameran buku yang diadakan. Ibu bapa murid juga dapat membeli buku-buku dengan diskaun yang tinggi apabila mengunjung ke pameran buku. Ini juga satu cara untuk menjimatkan duit apabila membeli buku. Duit itu bolehlah kita simpan dan guna semasa kecemasan seperti pepatah melayu,"sediakan payung sebelum hujan".

     Kesimpulannya, membaca itu sangat penting. Jadi, amalkanlah membaca sebagai hobi atau rutin harian kita. Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
 

SALANI, (2016-07-27 01:45)
karangan yang baik.
 
Submit a comment:

Name