Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Makanan Seimbang, by Nur Syahirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Nur Syahirah
Title:Kepentingan Makanan Seimbang
2010-06-11 18:44
                Kesihatan ialah anugerah tuhan yang wajar kita syukuri dan dipelihara dengan sebaik mungkin.Menjaga kesihatan ialah tanggungjawab setiap individu.Kesihatan yang baik penting dalam kehidupan manusia supaya mereka dapat melakukan aktiviti seharian dengan sempurna.

                Masalah kesihatan seseorang berkait rapat dengan corak pemakanan yang diambil.Jenis pemakanan yang kita ambil akan memberikan kesn positif atau negatif kepada kesihatan kita.Oleh sebab itu,sistem piramid makanan diperkenalkan untuk mendidik masyarakat tentang amalan makanan seimbang yang harus dipraktikkan dalam kehidupan mereka.

                Sebaik-baiknya,setiap makanan yang kita ambil perlulah mengandungi zat dan vitamin dalam jumlah kuantiti yang ditetapkan.Misalnya,makanan yang mengandungi protein,karbohidrat,vitamin dan zat-zat yang lain perlu diambil pada setiap hari kerana sistem organ dalam tubuh manusia memerlukan zat yang berbeza.

                Bagi kanak-kanak yang sedang membesar,mereka memerlukan sumber protein yang lebih untuk membina tisu-tisu dalam tubuh.Oleh sebab itu,mereka digalakkan mengambil makanan yang mengandungi sumber protein seperti telur,ikan dan daging.Selain itu,sayuran berkacang dan minuman susu turut menambah sumber protein dalam setiap menu hidangan.

                Seseorang yang memerlukan sumber tenaga yang lebih untuk menjalankan sesuatu aktiviti perlu mengambil sumber makanan yang mengandungi karbohidrat dan lemak.Hal ini kerana sumber makanan ini mengandungi kanji dan glukosa yang tinggi serta mampu menyimpan tenaga untuk suatu tempoh masa yang lama.

                Pengambilan makanan yang mangandungi vitamin juga sangat penting untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan.Sesungguhnya,pengambilan makanan seimbang dan tidak berlebihan tidak akan memudaratkan kesihatan.Kesimpulannya,ambillah makanan untuk kepentingan kesihatan kita dan bukannya untuk memenuhi selera makan kita.
 

Submit a comment:

Name