Welcome!

Contoh Karangan UPSR: tindakan (adik terluka ketika ketiadaan ayah dan ibu), by liana
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor liana
Title:tindakan (adik terluka ketika ketiadaan ayah dan ibu)
2010-06-11 01:00
    Pada hari Sabtu yang lalu,ayah dan ibu tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan.Mereka menyuruh aku agar menjaga adik-adik yang masih kecil di rumah.Aku menyuruh adik-adikku bermain di ruang tamu agar senang diawasi.

    Tiba-tiba,aku terdengar jeritan adik kecilku yang bernama NurSofiya.Aku berlari ke arahnya untuk mengetahui apa yang berlaku.Rupa-rupanya,adikku terluka dan kakinya patah akibat terjatuh daripada basikal kesayangannya.

Tanpa membuang masa,aku pun mengangkatnya lalu meletakkannya di atas sebuah sofa di ruang tamu.Aku mencuba untuk memujuknya supaya berhenti menangis.Aku ke dapur lalu membuat sebotol susu untuk diminum oleh NurSofiya.Beberapa minit kemudian,adikku berhenti menangis.

    Setelah itu,aku ke bilik untuk mengambil peti kecemasan yang disediakan di rumah.Aku mengelap darah yang keluar mengalir daripada kaki adikku dengan menggunakan ilmu yang telah dipelajari di sekolah.Tambahan pula,aku adalah salah seorang daripada ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

    Melihat keadaan kaki adikku sebegitu,aku ke rumah jiran sebelahku untuk meminta pertolongan.Aku meminta Encik Zamri menghantar kami ke klinik berhampiran agar adikku dapat dirawat.Setengah jam di klinik tersebut,kaki adikku siap dibalut oleh doktor yang bertugas.Selepas itu,kami pun pulang ke rumah.

    Tiba di rumah,ayah dan ibu telah berada di sana.Mereka berasa sangat terkejut lalu menanyakan apa yang terjadi setelah melihat keadaan adik.Aku menceritakan apa yang terjadi ketika ayah dan ibu tiada di rumah.Mereka memuji atas tindakan beraniku itu.Ayah juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Zamri kerana sudi menghantar aku dan adik ke klinik.Disebabkan itu,ayah dan ibu berjanji untuk membawa kami ke mana sahaja mereka pergi.
 

Submit a comment:

Name