Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kepentingan internet, by muhammad syazwan
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur muhammad syazwan
Title:kepentingan internet
2010-06-10 21:55
 
 
 
 
                Pada zaman teknologi maklumat,komputer ialah alat yang canggih dengan pelbagai kegunaan.setiap keluarga dewasa ini memiliki sebuah komputer.melalui komputer kita dapat melayari internet.

                internet pada hari ini bertindak sebagai kelas-kelas tuisyen kepada para pelajar.banyak laman-laman web pendidikan yang disediakan.para pelajar boleh melayari internet untuk mendapat nota dan juga menjawab soalan-soalan yang disediakan.

                maklumat yang diperoleh melalui internet adalah cepat dan tepat.kita tidak perlu lagi ke perpustakaan dan membazirkan masa untuk memperoleh maklumat yang sangat luas.kita hanya perlu melayari internet kerana segala maklumat berada di hujung jari kita.

                Melalui internet juga,kita dapat berhubung dengan kawan untuk berbincang mengenai pelajaran ataupun apa-apa sahaja.perkhidmatan ini dikenali sebagai 'e-mail'.Kita dapat menghubungi kenalan dan saudara-mara sama ada bertujuan untuk mengeratkan silaturahim ataupun untuk berbincang.kaedah ini lebih mudah dan cepat.

                Internet juga adalah satu saluran yang boleh memajukan industri pelancongan negara.ia juga mampu meningkatkan ekonomi negara kita kerana dapat menyalurkan maklumat terperinci keseluruh dunia.Melalui pengiklanan seperti ini,nama negara akan dikenali di seluruh dunia.

                Sememangnya internet begitu penting dalam kehidupan hari ini.internet meringankan dan memudahkan urusan manusia seharian.kita haruslah menggunakan internet dengan bijak untuk kepentingan kita bersama.
 

Submit a comment:

Name