Welcome!

Contoh Karangan UPSR: surat tidak rasmi-menceritakan tentang tempat-tempat menarik yang kamu lawati pada cuti sekolah yang lepas ., by suhada
Contoh Karangan UPSR
Name:U.K. suhada
Title:surat tidak rasmi-menceritakan tentang tempat-tempat menarik yang kamu lawati pada cuti sekolah yang lepas .
2010-06-08 21:51
                                                                                 No.32,Laluan 13,

                                                                                 Taman Klebang Jaya,

                                                                                 31200,Chemor,

                                                                                 Perak.

                                                                                 8 JUN 2010

Menemui saudari Armila yang berada di Kelantan.Apa khabar saudari di sana?Semoga saudari di sana sihat sejahtera.Saya di sini sihat walafiat.

Saudari,

     Tujuan saya sebenarnya ingin menceritakan tempat-tempat yang saya lawati pada cuti sekolah yang lepas di Pulau Pangkor.Pada hari Sabtu yang lepas,saya dan keluarga saya bertolak dari rumah pada pukul 8 pagi.

     Kami berhenti di Jeti Lumut pada pukul 11 pagi. Selepas itu, kami menaiki feri untuk menjejak kaki di Pulau Pangkor.

     Setiba di sana,ayah saya telah menyewa shelek yang terdapat di tepi pantai.Saya dan keluarga saya berehat sebentar di shelek itu.

     Selepas itu, saya dan keluarga saya berkelah di tepi pantai.Saya dan adik beradik saya bermandi manda di pantai di mana airnya yang jernih lagi bersih.

     Selepas itu,saya dan kakak saya berjalan -jalan di tepi pantai sambil menghirup udara yang nyaman dan bersih.Saya dan keluarga saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan tempat ini pada keesokan harinya.

    Pada keesokan harinya, saya dan keluarga saya balik ke jeti dengan menaiki feri.Selepas itu, saya dan keluarga saya balik ke rumah. Kami berasa seronok sangat kerana kami dapat menimba pengalama yang berharga.

    Setakat itulah saya bercerita. Saya berharap agar saudari membalas surat ini dengan menulis surat kepada saya.Sekian.

                                                                                        Yang Benar,

                                                                                            suhada    

        
 

Submit a comment:

Name