Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah berkebun, by tanweiliang
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor tanweiliang
Title:faedah berkebun
2010-06-05 02:09
    Kita patut bersyukur kerana tinggal di sebuah negara yang makmur,damai dan subur buminya.Biji benih yang kita taburkan jika dijaga dan dibaja selalu,biji benih itu akan bercambah dan hidup subur.Sehubungan itu,kita digalakkan untuk berkebun kerana banyak faedah yang dapat kita peroleh

daripada amalan berkebun.

    Sebenarnya,seseorang yang rajin berkebun telah melakukan

aktiviti riadah yang diperlukan oleh tubuh.Kerja seperti

membuat batas,mencangkul tanah dan sebagainya dapat menyihatkan badan.Hal ini kerana badan kita berpeluh dan

jantung dapat mengepam darah dengan sempurna.

    Dengan berkebun juga,kita dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan yang bermanfaat.Kita juga dapat menerangkan fikiran kita apabila melihat hasil tanaman yang menghijau.Justeru,kita dapat mengurangkan tekanan terhadap fikiran kita.

    Selain itu,kita bukan sahaja dapat menjimatkan belanja

untuk membeli sayur-sayuran,malahan dapat menambah pendapatan kita dengan menjual sayur yang kita tanam.

Secara tidak langsung,taraf ekonomi keluarga kita akan meningkat.

    Amalan berkebun juga dapat memberikan suatu sumbangan

terhadap ekosistem alam sekitar.Tumbuhan-tumbuhan hijau menyerap karbon dioxida dan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis.Hal ini dapat menjamin kesejahteraan semua makhluk di dunia ini.

    Begitulah banyaknya kebaikan yang dapat kita peroleh melalui aktiviti berkebun.Oleh itu,amalan ini hendaklah kita amalkan sepanjang masa.

    
 

RIVINEEKHA A/P SURNDERAN, (2016-09-20 02:10)
IT WAS REALLY HELPFULL FOR ME . THIS YEAR I AM SITING FOR UPSR . IT WAS REALLY HELPFULL FOR MY EALIER PREPARATION .  
THANK U  
THANK U  
THANK U  
THANK U  

 
Submit a comment:

Name