Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Gaya Hidup Sihat, by K T Lee
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang K T Lee
Title:Gaya Hidup Sihat
2010-06-03 19:35
             Pernahkah kita bertanya,dari manakah datangnya badan yang sihat?Jawapannya tentulah daripada diri kita sendiri.Jika kita mengutamakan gaya hidup sihat,hasilnya tubuh badan kita turut sihat dan hidup kita bahagia dan ceria.

            Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat sama ada dari segi luaran atau dalaman,kita perlu mengamalkan budaya atau gaya hidup sihat.Gaya hidup sihat bermaksud mengamalkan peraturan untuk kesihatan seperti mengambil makanan yang seimbang,mengelakkan diri daripada nilai-nilai hidup negatif,rajin bersenam dan berusaha mempertingkat emosi positif.

            Memang tidak dapat dinafikan bahawa punca penyakit adalah daripada budaya pemakanan.Akhir-akhir ini,masyarakat kita lebih cenderung mengamalkan pemakanan yang ringkas dan cepat disiapkan.Bentuk pemakanan seumpama ini banyak dijual di pasaran seperti burger dan keropok yang terbukti banyak mengandungi lemak dan tidak sesuai kepada kanak-kanak.Hal ini menyebabkan generasi muda hari ini mudah mengalami obesiti yang mengundang pelbagai penyakit kronik seperti oenyakit jantung,darah tinggi,kencing manis dan sebagainya.

            Di samping itu,budaya negatif seperti tabiat merokok,ketagihan arak dan penyalahgunaan dadah hendaklah dielakkan.Merokok akan menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti barah paru-paru,lelah dan sebagainya.Ketagihan arak dan penyalahgunaan dadah pula mengancam nilai hidup manusia seperti rosaknya keturunan dan menggugat kestabilan hidup bermasyarakat.

            Selain itu,kita juga perlu bersenam dan beriadah.Senaman dapat mencergaskan tubuh badan dan mencerdaskan minda.Sesekali kita perlu beriadah bagi merehatkan tubuh badan dan menenagkan fikiran.

            Kualiti hidup manusia banyak bergantung pada gaya hidup seseorang.Untuk sentiasa sihat dan cergas amalkanlah gaya hidup sihat.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name