Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Suatu Pengalaman Rompakan Di Sebuah Bank, by Nur Arianna Arisya, 3Anugerah sktc
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nur Arianna Arisya, 3Anugerah sktc
Title:Suatu Pengalaman Rompakan Di Sebuah Bank
2010-06-02 02:02
         Pada suatu hari, ayah mengajak aku menemaninya pergi ke bank. Memandangkan aku juga ingin ke bandar untuk membeli alat tulis, aku menerima ajakan ayah dengan gembira.

         Kami tiba di bank pada pukul 11.00 pagi. Keadaan di dalam bank agak sesak dengan para pelanggan. Ayah menyuruh aku menunggunya di luar sahaja. Aku hanya menuruti kata-kata ayah. Ketika ayah sedang sibuk berurusan di dalam bank, tiba-tiba aku mendengar suatu pekikan suara yang kasar mengarahkan supaya semua orang diam dan tidak bergerak.

         Melalui pintu kaca bank itu, aku ternampak dua orang perompak yang bertopeng sedang mengacukan pistol ke arah juruwang di bahagian kaunter. Dua orang perompak yang lain pula mengarahkan orang ramai di dalam bank supaya meniarap di atas lantai dan jangan sesekali melawan.Dalam ketakutan, beberapa orang pengawai bank telah menyerahkan sejumlah wang kepada perompak-perompak tersebut.

            Tiada sesiapa pun yang berani melawan perompak-perompak tersebut. Aku segera berlari menuju ke pondok telefon yang berdekatan untuk menghubungi pihak polis. Tidak lama kemudian, pihak polis pun tiba. Mereka mula mengepung bank tersebut. Perompak-perompak tersebut diarahkan oleh pihak polis supaya menyerah diri.
 

Submit a comment:

Name