Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah bergotong-royong., by Kira Yamato
Contoh Karangan UPSR
Name:Japan Kira Yamato
Title:Faedah bergotong-royong.
2010-06-01 11:51
    Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis.Yang dihormati Tuan Guru Besar ,para hakim yang arif lagi bijaksama,guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Pada pagi yang mulia ini saya ingin menyampaikan syarahan saya bertajuk "Faedah Bergotong-royong".GOtong-royong bermaksud sesuatu aktiviti yang dilakukan bersama-sama.

Hadirin sekalian,

    Terdapat pelbagai faedah bergotong-royong,salah satu faedah ialah kebersihan terjamin.Ini kerana dengan bergotong-royong ,kawasan persekitaran di jamin bersih.Apabila persekitaran bersih,kesihatan kita terjamin.

    Selain itu,kita boleh membuat pelbagai aktiviti.Antaranya ialah pertandingan mewarna dan pertandingan memasak.Dengan ini kita dapat merapatkan silaturrahim.

    Di samping itu,kita akan terhindar daripada gejala negatif.Antaranya,meragut merompak dan mencuri.Justeru itu, kita perlu memupuk semangat kemasyarakatan di antara kita.

    Sesungguhnya,terdapat pelbagai faedahbergotong-royong. Sebelum saya mengundur diri dengarlah serangkap pantun.

                    Kalau ada sumur diladang,

                    Boleh saya menumpang mandi,

                    Kalau ada umur yang panjang,

                    Boleh kita berjumpa lagi.

    Sekian, terima kasih.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name