Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara menghormati guru., by Aiman AF9
Contoh Karangan UPSR
Name:U.S.A. Aiman AF9
Title:Cara-cara menghormati guru.
2010-06-01 15:17
     Setiap murid mempunyai cara tersendiri untuk menghormati guru.Menghormati guru bermaksud perbuatan yang terpuji dan patut dicontohi oleh setiap murid.Terdapat pelbagai cara untuk menghormati guru.

     Salah satu untuk menghormati ialah mendengar nasihat.Kita janganlah membantah nasihat guru kerana setiap nasihatnya mempunyai hikmahnya.Nasihat guru juga adalah untuk menjadikan kita murid yang baik dan menunjukkan tanda kasih-sayang guru tersebut kepada kita.

     Selain itu,kita boleh menghormati guru dengan cara menumpukan perhatian ketika belajar.Kita dilarang sama sekali bergurau-senda dan bermain-main di dalam kelas sewaktu guru sedang mengajar.Itu menunjukkan sikap kurang ajar dan biadab murid tersebut.

     Di samping itu,kita dapat menghormati guru dengan bersalaman.Bersalaman dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru.Ia juga menunjukkan imej diri kita yang sayang,mengingati dan menghormatinya.Guru pasti akan gembira apabila kita bersalaman dengannya.

     Kesimpulannya,terdapat pelbagai cara untuk menghormati guru.Hanya kita yang memutuskan sama ada ingin menghormati guru atau tidak.Kita juga boleh menghormati guru mengikut cara kita sendiri.
 

Submit a comment:

Name