Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah layang-layang, by siti hajar binti mohd. tumiran@tukiran
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor siti hajar binti mohd. tumiran@tukiran
Title:aku sebuah layang-layang
2010-05-30 19:12
     Aku diperbuat daripada buluh dan kertas.Buluh diraut hingga kecil,diikat dan diberi benang di bahagian atas,bawah,kanan dan kiri.

     Selepas itu,kertas nipis berwarna merah diletakkan pada benang tersebut.Selepas siap,aku diberi ekor sepanjang0.4meter.Aku yakin,dengan tubuh sepanjang 0.5 meter dan kepak selebar 0.75 meter,aku mampu melayang di udara.

     Namun begitu,selagi aku belum mampu melayang,aku belum boleh berasa besar hati.Tuan aku,Aiman membubuh benang di bahagian tengah.Aku dicuba terlebih dahulu untuk memastikan mampu terbang di udara.

     Petang itu angin bertiupkencang.Aiman,ajak-ajak ayam kawan-kawannya ke padang untuk melihatnya menaikkan aku.Di padang telah ramai orang bermain layang-layang yang mempunyai pelbagai bentuk.

     Teman Aiman memegangku dan dia melangkah seraya menghulurkan tali.Kemudian dia berlari seperti lipas kudung.Aku segera melayang di udaraseiring dengan layang-layang lain dengan hati dibuai rasa gembira.

     Dalam permainan itu,ada yang buruk berlaku,beberapa remaja berpakat untuk menjatuhkan aku yang lebih gagah di angkasa.Layang-layang mereka dibawa merapatiku.Aku cuba untuk mengelak namun mereka terus mendekati.

     Rupa-rupanya,benang mereka sudah disaluti benda tajammenyebabkan tali yang mengikatku mudah putus.Aku pun terputus lalu melayang jauh ke dalam hutan.
 

Submit a comment:

Name