Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah perpustakaan, by mai
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan mai
Title:faedah perpustakaan
2010-05-28 20:30
     perpustakaan terdapat di semua sekolah.di perpustakaan terkumpul pelbagai jenis bacaan seperti novelfiksyen dan sejarah.penggunaan perpustakaan amat besar dalam membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

     pelbagai maklumat boleh diproleh di perpustakaan.murid-murid dapat meminjam buku-buku tertentu sebagai rujukan tambahan.mengulang kaji pelajaran lebbih selesa di perpustakaan kerana bahan rujukan terdapat di sekeliling kita.

     perpustakaan menyediakan ruang untuk sesi perbincangan.semasa perbincangan murid-murid juga dibimbing berkomunikasi secara lisan.perbincangan adalah satu daripada pengkosian pintar maklumat yang amat berkesan.

     selain daripada itu,perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan audio visual.alat bantu ini boleh dimanfaatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.peralatan yang canggih dapat membantu dan menarik minat murid-murid untuk meneroka ilmu.

     para guru juga boleh menggunakan perpustakaan sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan bahan pengajaran yang terkini.alat bantu mengajar seperti catar,kad imbasan,video dan slaid disimpan di perpustakaan.bahan-bahan bantu mengajar ini dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan mempelbagaikan proses pembelajaran dan pengajaran.

     perpustakaan merupakan sebuah gedung yang sarat dengan khazanah ilmu yang perlu didampingi.manfaatkanlah perpustakaan sebagai agen pencetus minda gemilang.jadikanlah perpustakaan sebagai sahabat setia kita.
 

Submit a comment:

Name