Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Catatan Hari Guru, by Sandra Michael
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sandra Michael
Title:Catatan Hari Guru
2010-05-23 23:05
Isnin,16 Mei 2010

7.30 pagi

Semua murid berkumpul di dewan untuk meraikan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya. Semua murid dan guru kelihatan gembira.    

8.00 pagi

Selepas berdoa, semua murid menyanyikan lagu “Negaraku”.Selepas itu, Agong Dipertua PIBG turut menyampaikan ucapannya. Kemudian, Guru besar telah memberi sepatah dua kata tentang jasa-jasa guru.

9.00 pagi

Acara persembahan dimulakan. Murid tahun 6 mempersembahkan sebuah tarian yang sungguh lemah-gemalai. Murid-murid tahun 5 membuat persembahan koir. Persembahan mereka sungguh menarik dan mendapat tepukan gemuruh.

10.30 pagi

Acara permainan dimulakan. Murid tahun 6 dikehendaki melawan guru dalam beberapa acara. Acara pertama dimulakan dengan gala panjang. Keadaan acara tersebut amat meriah. Acara bola keranjang juga amat meriah dan disukai oleh ramai murid dan guru.

12.00 tengah hari

Semua murid berkumpul di dewan untuk melihat penyampaian hadiah kepada beberapa guru yang berjasa. Puan Masnani telah memenangi anugerah guru terbaik untuk tahun 5 dan tahun 6 manakala Puan Koh telah memenangi anugerah guru terbaik di sekolah.

1.00 tengah hari

Semua murid dan guru telah menikmati jamuan yang disediakan. Walaupun letih, kami amat gembira kerana sambutan ini amat meriah.

                                                        


 

Submit a comment:

Name