Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ucapan, by Ucapan
Contoh Karangan UPSR
Name:Ucapan
Title:Ucapan
2022-06-23 07:31
n adalah untuk menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru yang mendidik murid-murid tanpa mengerti penat lelah. Di samping itu, hubungan silaturahim antara warga sekolah dapat dieratkan melalui sambutan ini. Selain itu, murid dapat memberi penghargaan kepada guru yang tidak jemu mengajar kami untuk menjadi murid yang cemerlang.  
                                                            Pada pukul 8.00 pagi, dewan sekolah dibanjiri dengan murid-murid, guru-guru serta tetamu kehormat. Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku", lagu negeri dan lagu sekolah. Selepas itu, wakil murid naik ke pentas untuk memberi ucapan alu-aluan kepada semua hadirin. Dia mewakili semua murid untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana tidak jemu mengajar kami. Seterusnya, majlis digamatkan dengan ucapan dan perasmian Tuan Guru Besar. Kemudian, guru-guru yang tercinta menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dengan suara yang merdu sekali.  
                                                             Pada pukul 9.30 pagi, pelbagai persembahan yang menarik telah diadakan. Contohnya, persembahan tarian, nyanyian, silap mata dan sebagainya. Murid-murid yang terlibat dalam persembahan memberi sepenuh tenaga untuk mempersembahkan persembahan yang sungguh menarik. Persembahan tersebut telah menghiburkan hati para penonton dan diberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di situ riuh-rendah.  
                                                            Selepas itu, majlis penyampaian cenderamata telah diadakan. Setiap guru telah mendapat sebuah hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah. Di samping itu, murid-murid juga memberi hadiah kepada guru-guru yang tercinta sebagai t
 

Submit a comment:

Name