Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sambutan Hari Guru, by Pylim
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Pylim
Title:Sambutan Hari Guru
2019-07-04 22:36
Pada 16 Mei 2018 yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Baru telah mengadakan Sambutan Hari Guru. Sambutan ini diadakan secara besar-besaran di dewan sekolah. Semua murid, guru-guru, pihak sekolah, pihak PIBG dan ahli-ahli Persatuan Alumni telah melibatkan diri untuk memeriahkan lagi sambutan ini. Murid-murid telah menghias dewan sekolah dengan menggantung belon-belon yang berwarna-warni.  
                         Tujuan Sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru yang mendidik murid-murid tanpa mengerti penat lelah. Di samping itu, hubungan silaturahim antara warga sekolah dapat dieratkan melalui sambutan ini. Selain itu, murid dapat memberi penghargaan kepada guru yang tidak jemu mengajar kami untuk menjadi murid yang cemerlang.  
                            Pada pukul 8.00 pagi, dewan sekolah dibanjiri dengan murid-murid, guru-guru serta tetamu kehormat. Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku", lagu negeri dan lagu sekolah. Selepas itu, wakil murid naik ke pentas untuk memberi ucapan alu-aluan kepada semua hadirin. Dia mewakili semua murid untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana tidak jemu mengajar kami. Seterusnya, majlis digamatkan dengan ucapan dan perasmian Tuan Guru Besar. Kemudian, guru-guru yang tercinta menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dengan suara yang merdu sekali.  
                             Pada pukul 9.30 pagi, pelbagai persembahan yang menarik telah diadakan. Contohnya, persembahan tarian, nyanyian, silap mata dan sebagainya. Murid-murid yang terlibat dalam persembahan memberi sepenuh tenaga untuk mempersembahkan persembahan yang sungguh menarik. Persembahan tersebut telah menghiburkan hati para penonton dan diberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di situ riuh-rendah.  
                            Selepas itu, majlis penyampaian cenderamata telah diadakan. Setiap guru telah mendapat sebuah hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah. Di samping itu, murid-murid juga memberi hadiah kepada guru-guru yang tercinta sebagai tanda penghargaan. Tambahan pula, upacara memotong kek telah diadakan. Guru-guru dijemput ke kantin untuk menjamu selera manakala murid-murid membuat kad untuk para guru.  
                             Sambutan Hari Guru tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Sambutan ini bermakna kerana dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah bagai isi dengan kuku. Saya berharap agar sambutan seperti ini dapat dianjurkan pada masa depan.
 

Submit a comment:

Name