Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Jika aku seorang RAJA, by 江西南
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak 江西南
Title:Jika aku seorang RAJA
2019-06-17 01:47
Jika saya menjadi seorang Raja, saya akan menjadi Raja yang berjiwa rakyat. Saya ingin mempunyai sebuah kerajaan yang memiliki para pemimpin dan ketua yang baik, tulus,ikhlas dan adil dalam mentadbir urusan kerajaan agar negara saya sentiasa aman .  
 
     Jika saya seorang Raja, saya akan membeli sebidang tanah yang luas dan memiliki pemandangan yang indah nian. Udara di persekitarannya hendaklah nyaman. Saya akan    membina sebuah vila di sana dan menjemput semua ahli keluarga untuk tinggal bersama-sama.  
 
        Selepas itu,saya    akan pergi    ke    semua tempat rakyat saya tinggal. Saya akan bersua muka dengan rakyat jelata untuk mengetahui sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka. Saya akan berusaha menyelesaikan masalah mereka sebaik mungkin dengan bantuan pemimpin-pemimpin lain yang telah dilantik agar semua rakyat saya dapat hidup dengan aman dan tenteram.  
        Selain itu,saya akan memberi penekanan kepada memelihara dan memulihara alam sekitar.Pembalakan haram akan diisytiharkan sebagai musuh nombor satu kepada alam sekitar negara.Ganjaran yang setimpal akan diberikan kepada rakyat yang memberi maklumat tentang pembalakan haram.Semua undang-undang berkaitan akan diperkukuh dan dikuatkuasakan.  
 
Seterusnya,saya akan menabung di bank. Saya juga akan mendermakan sebahagian daripada wang saya kepada pusat-pusat kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan rumah orang cacat. Saya hendak membantu orang yang bernasib malang dan memerlukan bantuan.  
        Di samping itu, saya akan membina sekolah dan hospital di kawasan pedalaman jika saya seorang raja. Dengan adanya sekolah, penduduk di kawasan pedalaman yang buta huruf akan berpeluang untuk menimba ilmu. Mereka juga boleh mendapatkan rawatan yang terbaik dan percuma di hospital yang saya bina.  
        Bukan itu sahaja, saya akan membawa ibu bapa saya menjelajah ke seluruh dunia untuk melihat kebudayaan dan kesenian bangsa-bangsa yang lain. Saya teringin untuk menjejak kaki ke Negara Eropah yang sering menjadi buah mulut orang ramai. Saya akan mendalami pengetahuan dalam lapangan seni muzik yang saya minati.      
        Selain itu,penanaman semula hutan akan diperluaskan kepada setiap daerah bermula dengan sasaran satu keluarga satu pokok.Kawasan tadahan hujan akan diselia secara berkala dan ditambah bagi mengelakkan masalah kekurangan berkalan air bersih.Projek mendalamkan sungai angkat akan diteruskan dengan penglibatan semua pihak bagi mengelakkan berulangnya kejadian banjir yang luar biasa.  
        Jika saya seorang Raja, saya akan mendermakan wang tersebut kepada rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim. Saya akan memastikan orang-orang tua mendapat pakaian, makanan dan tempat tinggal yang selesa.Saya juga akan memberi pendidikan dan tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak yatim.  
        Konklusinya, jika saya seorang Raja, saya akan menjadi seorang Raja yang dihormati oleh semua rakyat. Saya akan sentiasa memastikan semua rakyat mendapat segala bantuan yang diperlukan kerana mereka semua inilah yang akan bersama-sama saya dalam memajukan negara.  

 

Pylim, (2019-07-05 00:25)
👍
 
Submit a comment:

Name