Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan Internet, by Shaan mac
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Shaan mac
Title:Kebaikan Internet
2018-12-30 04:23
             Internet merupakan media yang sangat  
berpengaruh pada masa ini.Terdapat pelbagai  
manfaat yang boleh diambil melalui penggunaan  
internet.  
 
        Antaranya ialah kita dapat berhubung dengan sesiapa  
jua seantero dunia pada bila-bila masa dan di mana jua.  
Tamsilnya, kita boleh menghantar e-mel atau bersembang.  
 
 
            Selain itu, kita juga boleh mendapatkan pelbagai  
maklumat melalui internet.Sebagai contoh,kita boleh  
menyelusuri laman-laman web yang ada yang ada untuk  
mendapatkan maklumat.  
 
            Berita-berita dari dalam dan luar negara juga  
dapat diketahui dengan mudah dan cepat. Tamsilnya,  
kita boleh pergi ke laman web yang menyediakan akhbar  
dalam talian dan membacanya.  
 
            Di samping itu ,kita tidak perlu beratur untuk  
membayar sebarang bil kerana kita boleh membayar secara  
'online'.Hal ini demikian kerana pihak-pihak bank telah menyediakan khidmat internet bagi memudahkan perbankan  
mereka.                                                                                                                                                                    
 

Shaam, (2019-04-04 23:31)
Bestlah karangan in!  

 
Submit a comment:

Name