Malaysia
Bumi bertuah
Tanah tumpahnya darahku
Akan kucintainya selamanya
Selagi hayat dikandung badan
Terima kasih wahai pemimpin
Berkat jasamu
Negaraku terus maju
Dikota juga di desa
Di bawah naungan Raja berdaulat
Malaysia
Harum mengukir nama
Pelbagai bidang kitalah juara
Tentera kita bersatu
Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
Mendamaikan negara bersengketa
Sejarah lama jadi panduan
Tatkala negara dibelenggu
Derita rakyat biarlah jadi kenangan
ayuh,kita kuatkan tekad
Bersatu membangunkan pertiwi
Negara kita milik bersama
Sekian,terima kasih |