Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah-Faedah Menabung, by Siti Alyssa Binti Raymei
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Siti Alyssa Binti Raymei
Title:Faedah-Faedah Menabung
2018-08-11 01:57
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih tuan pengerusi majlis,guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini,saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Faedah-Faedah Menabung".  
 
Hadirin sekalian,  
Menabung ertinya menyimpan baki wang pembelanjaan harian di dalam tabung atau bank. Menabung merupakan amalan yang harus dipupuk sejak kecil lagi.Bak kata pepatah"melentur buluh biarlah dari rebungnya".  
 
Amalan menabung dapat membentuk diri menjadi insan yang berjimat cermat. Kita akan sentiasa berhati-hati sewaktu berbelanja. Kita dapat membezakan antara barang yang kita perlukan dan barang diinginkan.  
 
Selain itu,amalan menabung dapat membantu kita pada waktu kecemasan, misalnya apabila keluarga kita sakit dan memerlukan wang. Wang tabungan kita dapat menyalesaikan masalah tersebut. Kita tidak perlu meminjam kepada orang lain kerana perkara tersebut tidak patut diamalkan.  
 
Amalan menabung juga dapat meringankan kewangan ibu bapa. Kita tidak perlu mengharapkan wang ibu bapa. Wang tabungan dapat digunakn untuk membeli barang. Oleh itu,kita dapat meringankan bebanan ibu bapa dan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.  
 
Di samping itu,wang tabungan dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Sekiranya kita memerlukan wang untuk membayar yuran dan peralatan yang diperlukan.  
 
Kesimpulannya, amalan menabung harus diamalkan oleh semua orang.Pelbagai faedah dapat diperolehi daripada amalan menabung.Amalan menabung dapat membantu kita menjalankan kehidupan dengan lebih berkualiti.  
 
Sekian ,terima kasih.
 

Submit a comment:

Name