Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kes Kemalangan Jalan Raya, by Nur Nafisa Bt Hasnan
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Nur Nafisa Bt Hasnan
Title:Kes Kemalangan Jalan Raya
2018-08-05 17:27
Gambar rajah di sebelah menunjukkan langkah-langkah mengurangkan Kemalangan jalan raya.  
 
        Antaranya ialah, kita perlu menghindari kemalangan dengan cara tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu kerana kita akan berasa leka ketika menggunakan telefon bimbit.Selepas itu,kitaperlulah mematuhi peraturan pada papan tanda yang telah disediakan supaya kita tidak akan melanggar peraturan yang tidak diketahui.Selain itu,kita hendaklah mematuhi had laju pada papan tanda yang telah disediakan contohnya seperti 90 kilometer sejam .Apabila cuaca yang gelap seperti hujan,kita hendaklah memandu secara perlahan supaya kita dapat melihat jalan yang kita hendak lalui.  
 
     Akhir sekali,kita mestilah mematuhi undang-undang    jalan raya supaya kita tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.
 

nur irdiena safiyyah binti mohammad hafiz., (2018-08-09 00:12)
Gambar menunjukkan langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya.  
 
Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat.Kita boleh mengurangkan kemalangan jalan dengan pelbagai cara.Jika kita sayang nyawa kita,kita akan mengamalkan langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.  
Terdapat pelbagai langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.Antaranya dengan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.Kita haruslah berhenti apabila lampu isyarat bertukar menjadi merah.Kita juga sewajarnya bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar menjadi warna kuning dan tidak menekan minyak untuk pergi laju supaya melepas lampu isyarat.  
Selain itu,sebagai soerang pejalan kaki,kita mestilah melihat kiri dan kanan untuk memastikan tiada kereta sebelum melintas jalan raya.Kita haruslah menggunakan jejantas untuk melintas jalan raya yang sesak.Kita juga sewajarnya menggunakan laluan pejalan kaki apabila berjalan di tepi jalan raya.Jika kita mahu menjaga keselamatan diri,kita haruslah mematuhi semua peraturan ini.  
Kesimpulannya,kerajaan juga mestilah mengadakan kempen mengurangkan kemalangan jalan raya.Dalam program tersebut pihak kerajaan mestilah mengajar pemandu-pemandu cara berkhemah di jalan raya.
 
Submit a comment:

Name