Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Penanaman Koko di Malaysia, by Alya Narleesa
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Alya Narleesa
Title:Penanaman Koko di Malaysia
2018-08-04 03:26
Koko merupakan tanaman keluaran ladang yang ketiga terbesar di Malaysia selepas kelapa sawit dan getah.Malaysia ialah negara pengisar koko kelima terbesar di dunia.Sarawak pula merupakan negeri yang mempunyai keluasan tanaman koko yang terbesar di Malaysia.  
 
    Kini,koko mendapat permintaan yang tinggi kerana harga koko di pasaran cukup tinggi,iaitu RM2.50 sekilo.Di Malaysia,koko diusahakan di ladang dan juga di kebun-kebun kecil.Pokok-pokok koko memerlukan penjagaan yang sistematik untuk memastikan hasil yang baik.Antaranya,pengurusan pokok pelindung,pembajaan,kawalan penyakit dan perosak,kawalan rampai,pemangkasan dan penuaian.  
 
    Hasil produk koko seperti lemak koko dapat menghasilkan pelbagai produk makanan dan bukan makanan.Antara produk makanan termaksuklah coklat,kek,biskut dan juga minuman.Produk bukan makanan pula ialah pelbagai barangan kosmetik seperti gincu,pelembap muka dan juga bedak.  
 
    Koko mempunyai pelbagai khasiat.Lemak koko dapat merendahkan paras kolesterol di dalam darah.Serbuk koko pula mengandungi lemak protein,karbohidrat dan vitamin A,B,D dan E.
 

Submit a comment:

Name