Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Tanaman Herba, by Nur Aishah bt Bis
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Nur Aishah bt Bis
Title:Tanaman Herba
2018-08-03 14:50
Datuk telah mengajak Zarul ke Ladang Rempah ratus dan Herba Nasuha di Muar,Johor.Datuk hendak melihat ladang tanaman herba di sana bagi mempertingkatkan tanaman herbanya.  
 
     Apabila tiba disana,mereka dipertemukan dengan pengawai ladang yang bernama Encik Ali.Zarul dan datuknya mendegar taklimat yang disampaikan oleh Encik Ali dengan tekun.Encik Ali memberitahu bahawa ladang itu ialah ladang herba yang ketiga terbesar di Asia Tenggara.Ladang itu mempunyai kekeluasan 3200 ekar dari di tanam lebih dari108 spesies rempah ratus dan herba.Ladang itu selalu diselenggara secara organik.  
 
     Selepas itu,Zarul dan datuknya dibawa melawat kawasan ladang oleh Encik Ali.Mereka diperingatkan supaya tidak memetik daun dan mencabut pokok yang ditanam disitu.Di atas batang tanaman,kelihatan cerucuk digunakan untuk menyokong anak pokok yang baru ditanam.Antara nama-nama pokok herba yang ditanam disitu ialah pokok mengkadu,pecah beling,kulit kayu manis,kembang semangkuk,gara,buah paka dan asamgelunggur.REmpah ratus dan herba tersebut mempunyai pelbagai khasiat,contohnya penggaga boleh mempertingkatkan daya ingatan.  
 
        Kemudian,Zarul dan datuknya dibawa melawat ke kilang rempah-ratus.Pelbagai produk herba yang bermutu yang dihasilkan di situ.Pelbagai produk herba itu dibungkuskan dan dilabelkan dengan jenama mereka.Menurut Encik Ali,produk herba mereka dipasarkan di kedai runcit,pasaraya dan dieksport ke luar negara dan mendapat sambuatn yang menggalakkan dari segi permintaan.  
 
        Sebelum Zarul dan datuknya pulang dari kilang rempah ratus,mereka diberi makan tengahari iaitu Nasi Beriyani Herba.  
 
        Akhir sekali,Zarul dan datuknya bangga dan teruja merana dapat kesitu dan melihat ladang yang diusahakan dengan cemerlang.
 

Submit a comment:

Name