Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Senyuman Pengubat Jiwa, by Nur Nadhirah bt Shamsul Kamal
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Nur Nadhirah bt Shamsul Kamal
Title:Senyuman Pengubat Jiwa
2018-08-03 14:48
Kita perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan orang di sekeliling,terutamanya dengan sahabat handai dan saudara mara.Dalam hal ini,kita perlu berhati hati dengan perasaan dan emosi kita.                                                                                                          
 
     Selalulah berbaik sangka antara satu dengan yang lain.Disamping itu,rajin rajinlah meluahkan perasaan dengan cara berbincang dan berkongsi pandangan.Apabila kita saling bertukar pendapat,fikiran yang kacau bilau akan menjadi lapang.Otak pula tidak akan berserabut dan dapat berfikir dengan baik.          
 
     Hubungan yang baik dapat diwujudkan apabila kita berasa tenang.Fikiran dan emosi yang tenang akan terpancar pada wajah.Oleh itu,hiasilah wajah kita dengan senyuman yang manis dan ikhlas.Senyuman yang berseri seri pasti menyenangkan sesiapa sahaja yang memandang.Senyuman yang manis ketika bersalam salaman dengan rakan taulan dapat mewujudkan suasana yang ceria dan aman.Perasaan gundah gulana dan resah gelisah secara tidak langsung akan hilang apabila kita ceria.  
 
     Ketika senyum,tubuh kita berada dalam keadaan yang tenang.Oleh yang demikian,sistem imun tubuh kita dapat menjalankan fungsinya dengan lebih baik.Contohnya,senyuman dapat menurunkan tekanan darah.Malah,tahap tekanan darah adalah lebih rendah bagi individu yang senyum berbanding dengan yang tidak senyum.  
 
     Perbanyaklahsenyuman mulai hari agar kita dapat melalui hari hari kita dengan lebih bermakna.
 

Submit a comment:

Name