14,Jalan Anggerik,
Taman Desa,
93350 Kuching,
Sarawak
16 Mei 2018
Apa khabar saudara sekarang?Saya berharap agar saudara sihat-sihat sahaja.
Saya menulis surat ini untuk berkongsi cerita tentang upacara minum teh yang dilakukan semasa majlis perkahwinan saudara saya.Upacara ini merupakan lambang penerimaan pasangan pengantin,terutamanya si isteri,dalam keluarga si suami.Upacara ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan ikatan perkahwinan.
Menurut nenda saya,upacara minum teh dalam masyarakat Cina ini dilaksanakan dengan cara yang tersendiri.Pasangan pengantin akan berdiri dan melutut sebanyak tiga kali di hadapan ibu bapa pasangan secara bergilir-gilir.Pengantin perempuan akan memberikan minuman teh kepada ahli keluarga mengikut peringkat umur.
upacara ini menyedarkan saya betapa pentingnya sikap hormat- menghormati dalam kalangan keluarga,terutamanya golongan muda,terhadap golongatua
Setakat ini sahaja buat kali ini.Sekian terima kasih
yang benar,
amalina haris |