Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Azam Yang Bijak Menguruskan Wang, by Nurfatiha Najwa binti Rohzalmie
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Nurfatiha Najwa binti Rohzalmie
Title:Azam Yang Bijak Menguruskan Wang
2018-08-03 14:44
Azam gembira kerana telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Pidato Piala Diraja yang disertainya.Dia telah menerima sekeping cek berjumlah RM500.00 sebagai hadiah kemenangannya.Dia merancang untuk menggunakan wang tersebut bagi memenuhi keperluan dan kehendaknya dengan sebaik-baik yang mungkin.  
    Mula-mula,Azam telah menderma.Azam menderma untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan seperti fakir miskin dan anak-anak yatim.Azam menderma sebanyak RM 50.00 bersamaan 10%.  
    Kemudian,Azam ingin memenuhi kehendaknya.Azam memenuhi kehendaknya sendiri supaya dia tidak membebankan ibu bapa untuk memenuhi kehendaknya.Dia memenuhi kehendaknya sebanyak    RM100.00 bersamaan 20%.  
    Selain itu,Azam akan membeli alatan persekolahan.Azam ingin membeli barangan untuk kemudahan persekolahan dia sebanyak RM150.00 bersamaan 30%.Dia ingin meringankan bebanan ibu bapanya.  
    Selepas itu,sebanyak RM200.00 bersamaan 40% dia ingin membuat simpanan.Dia membuat simpanan ini untuk simpanan pendidikan yang tinggi.Simpanan ini juga untuk kegunaan semasa kecemasan.  
    Akhir sekali,Azam telah menggunakan wang secara berhemah.Kita juga perlu bersikap seperti Azam yang bijak menguruskan wang.
 

Submit a comment:

Name