Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Tanaman Herba, by Alya Narleesa
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Alya Narleesa
Title:Tanaman Herba
2018-08-03 14:41
Datuk telah mengajak Zarul ke ladang Rempah-ratus dan Herba Nasuha di Muar,Johor.Datuk hendak melihat ladang tanaman herba disana bagi mempertingkatkan tanaman herbanya.                                              
      
     Apabila tiba disana,mereka dipertemukan dengan pengawai ladang yang bernama Encik Ali.Zarul dan datuknya mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Ali dengan tekun.Encik Ali memberitahu bahawa ladang itu ialah ladang herba yang ketiga terbesar di Asia Tenggara.Ladang itu mempunyai keleluasan 3200 ekar dari ditanam lebih 108 spesies rempah ratus dan herba.Ladang itu selalu diselenggara secara bersistem menggunakan teknologi secara organik.  
 
     Selepas itu Zarul dan datuknya dibawa melawat kawasan ladang oleh Encik Ali.Mereka diperingatkan suoaya tidak memetik daun atau mencabut pokok yang ditanam disitu.Di atas batas tanaman,kelihatan cerucuk digunakan untuk menyokong anak pokok yang baru ditanam.Antara nama-nama pokok herba yang ditanam di ladang itu ialah pokok mengkadu,pecah beling,kulit kayu manis,kembang semangkuk,gara,buah paka dan asam gelugur.Rempah ratus dan herba tersebut mempunyai pelbagai khasiat,contohnya pengaga boleh mempertingkatkan daya ingatan.  
 
     Kemudian,Zarul dan datuknya dibawa melawat ke kilang rempah ratus.Pelbagai produk herba yang bermutu dihasilkan disitu.Pelbagai produk herba itu dibungkuskan dan dilabelkan dengan jenama mereka.Menurut Encik Ali,produk herba mereka dipasarkan di kedai runcit,pasaraya dan dieksport ke luar negara dan mendapat sambutan yang mengalakkan dari segi permintaan.  
      
     Sebelum Zarul dan datuknya pulang dari kilang rempah ratus,mereka diberi makan tengahari iaitu Nasi Beriyani Herba.  
 
     Akhir sekali,Zarul dan datuknya bangga dan teruja kerana dapat kesitu dan melihat ladang yang diusahakan dengan cemerlang.
 

Submit a comment:

Name