Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Perkhemahan, by Muhammad dan Ahmad
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Muhammad dan Ahmad
Title:Perkhemahan
2018-05-31 19:01
Sabtu,8.00 pagi  
 
    Aku dan rakan-rakanku telah menyertai perkhemahan ke Hutan Simpan Gunung Pelangi.Kami menaiki kereta bersama guru untuk pergi ke sana.Perjalanan kami untuk ke sana mengambil masa satu jam tiga puluh minit.  
 
9.30 pagi  
      
    Selepas beberapa jam,kami telah tiba di destinasi yang hendak dituju.Kami berasa amat gembira kerana dapat tiba disini dengan selamat.Seterusnya,kami diberitahu yang kami akan melakukan beberapa aktiviti.Antaranya,memasang khemah,kawad kaki,pertandingan memasak,kereta api malam dan banyak lagi.  
 
 
2.00 petang  
 
    Kemudian,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Nama kumpulan aku ialah gagah berani manakala kumpulan rakanku ialah singa perkasa.Selain itu,kumpulanku di beri tugasan untuk memasang khemah.Kumpulanku memasang khemah dengan teliti.Akhir kumpulanku berjaya memasang khemah dengan betul.  
 
 
5.00 petang  
 
    Seterusnya,kami diarahkan untuk pergi ke sungai yang berdekatan supaya kami dapat membersihkan diri.Selepas siap membersihkan diri untuk pergi ke surau.  
 
9.00 malam  
 
     Kemudian,kami diarahkan untuk berkumpul di dataran.Kami diberitahu untuk membuat persembahan malam kebudayaan.Kami diarahkan untuk tidur awal dan hari esok kami akan pulang.  
 

 

Submit a comment:

Name