Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Perkhemahan, by FAZLIA AMIRA & DAMIA
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang FAZLIA AMIRA & DAMIA
Title:Perkhemahan
2018-05-31 18:54
Sabtu,6 Disember 2017  
9.00 pagi  
Aku dan rakan-rakan bersiap untuk pergi berkhemah di Gunung Senyum.Perasaan kami sungguh teruja.Sebelum kami pergi berkhemah,kami bersarapan di gerai yang berhampiran dengan tapak perkhemahan.  
 
1.00 petang  
Setibanya kami di tapak perkhemahan,kami segera mencari tapak yang sesuai untuk memasang khemah.Setalah menjumpai tapak yang sesuai,aku dan rakan-rakan segera memasang khemah.Kemudahan yang disediakan di tapak perkhemahan cukup lengkap.Selepas itu,kami diminta untuk mencari kayu api untuk dinyalakan pada malam nanti.  
 
8.00 malam  
Selepas selesai makan malam dan solat,aku dan rakan-rakan menyertai acara memasak secara berkumpulan yang diadakan di tapak perkhemahan.Kami saling bekerjasama untuk memenangi acara tersebut.Kemudian,aku dan rakan-rakan tidak sabar untuk mengetahui pemenang bagi acara tarsebut.Semasa ketua acara menyampaikan hadiah,nama sekolah kami dinobatkan sebagai juara keseluruhan.Perasaan kami sungguh terharu.  
 
Ahad,7 Disember 2017  
7.00 pagi  
Selepas selesai sarapan dan solat,kami diberi tugasan untuk mencari pohon yang sukar dijumpai di dalam hutan.Kami dibahagikan kepada lima kumpulan bagi menyelesaikan misi yang diberikan.Selepas selesai membahagikan kumpulan,kami bergegas masuk ke hutan.Kami diiringi oleh ketua kumpulan.Kami berasa teruja apabila memasuki hutan.  
 
4.00 petang  
Selepas puas berehat di dalam khemah,kami minum petang bersama-sama di bawah sebatang pohon rendang.Selasai minum petang dan solat,aku dan rakan-rakan telah mengemas barang masing-masing sebelum beredar dari tapak perkhemahan.Pengalaman ini tidak akan dilupakan oleh kami semua.  
 

 

Submit a comment:

Name