Daun pintu kayu Meranti,
Ditukang teman di petang redup;
Ilmu itu pelita hati,
Penyuluh jalan panduan hidup.
Duduk di titi ketika bertemu,
Pada waktu bulan mengambang;
Jangan berhanti mencari ilmu,
Kerana ilmu selalu berkembang,
Parut kelapa buah melaka,
Lalu digulung kuih ketayap;
Ilmu jika tidak diteroka,
Umpana burung tidak betsayap.
Mengait kuini untuk berjamu,
Simpan seraga di dalam almari;
Alam ini jendela ilmu,
Banyak perkara kita pelajari.
Pohon mengkudu tanam sejajar,
Reput dahan kerana dedalu;
Pengalaman memandu kita belajar,
Daripada kesalahan masa lalu.
Merenung bulan jauh berangan,
Hajat bertemu di Danau toba;
Jauh berjalan luas pandangan,
Banyak ilmu boleh ditimba.
NORAINI
Serun,Rompin |