|
Name: | Noraini | Title: | Pantun Menuntut ilmu
2018-03-16 01:09 | Daun pintu kayu Meranti,
Ditukang teman di petang redup;
Ilmu itu pelita hati,
Penyuluh jalan panduan hidup.
Duduk di titi ketika bertemu,
Pada waktu bulan mengambang;
Jangan berhanti mencari ilmu,
Kerana ilmu selalu berkembang,
Parut kelapa buah melaka,
Lalu digulung kuih ketayap;
Ilmu jika tidak diteroka,
Umpana burung tidak betsayap.
Mengait kuini untuk berjamu,
Simpan seraga di dalam almari;
Alam ini jendela ilmu,
Banyak perkara kita pelajari.
Pohon mengkudu tanam sejajar,
Reput dahan kerana dedalu;
Pengalaman memandu kita belajar,
Daripada kesalahan masa lalu.
Merenung bulan jauh berangan,
Hajat bertemu di Danau toba;
Jauh berjalan luas pandangan,
Banyak ilmu boleh ditimba.
NORAINI
Serun,Rompin | | Gx, (2019-05-12 01:06) Ada maksud tak?
| | Aliya, (2019-01-28 20:48) Nk maksud pantun
| | charmaine, (2018-05-26 20:25) daun pintu kayu meranti ,
ditukang teman di petang redup;
ilmu itu pelita hati ,
penyuluh jalan panduan hidup.
| | , (2018-05-24 02:27) nak maksud
| |
|
|
|