Welcome!

Contoh Karangan UPSR: NASI SUDAH MENJADI BUBUR, by nrirdina nasir
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang nrirdina nasir
Title:NASI SUDAH MENJADI BUBUR
2018-01-12 02:35
Amirul seorang anak tunggal.    Bapanya, Pak Razif telah meninggal dunia.    Arwah bapanya meninggalkan banyak harta pusaka seperti tanah sawah dan rumah-rumah sewa.    Amirul dan ibunya Mak Limah hidup mewah daripada hasil harta-harta tersebut.  
 
        Sebagai anak tunggal,    segala kemahuan Amirul dituruti oleh Mak Limah. Bagi Mak Limah, tiada salahnya dia menghabiskan wang untuk memenuhi segala kemahuan Amirul kerana Amirullah tempat dia menumpahkan segala kasih sayang. Banyaklah perkara yang bukan-bukan diminta oleh Amirul dan ditunaikan oleh Mak Limah.  
 
        Oleh sebab dipenuhi kemewahan, Amirul tidak memberikan perhatian terhadap pelajarannya.    Dia bersikap seperti melepaskan batuk di tangga.    Di dalam kelas pula,    Amirul selalu meyakiti hati kawan-kawannya dengan menunjuk-nunjuk barang-barang yang dibeli oleh ibunya.    Tambahan pula kebanyakan rakan-rakan sekelasnya anak orang miskin.  
 
         Mak Limah tidak menyedari bahawa dia melakukan kesilapan dalam mendidik dan membesarkan    Amirul. Sikap Mak Limah ini membuatkan Amirul semakin degil dan keras kepala. Dia mula melawan nasihat guru-guru di sekolah kerana beranggapan pelajaran tidak penting. Amirul juga kerap ponteng sekolah dan mula bercampur dengan remaja yang tidak bersekolah.  
 
             Amirul meminta ibunya membelikannya sebuah motosikal . Alasan Amirul, dia penat mengayuh basikal ke sekolah. Oleh sebab sayangkan Amirul, Mak Limah menuruti kehendaknya. Semenjak memiliki motosikal,    Amirul langsung tidak pergi ke sekolah. Dia lebih gemar berpeleseran dengan rakan-rakannya yang    lebih dewasa dan tidak bersekolah.  
 
         Pada suatu hari,    ketika Amirul memboncengkan kawannya untuk ke Bandar, dia telah ditahan oleh polis di satu sekatan jalan raya.    Apabila diperiksa,    pihak polis mendapati Amiru tidak memiliki lesen motosikal kerana baru berusia 12 tahun. Selain itu,    rakan Amirul pula memilikki beberapa biji pil khayal. Akibatnya mereka berdua ditahan dan dibawa ke balai untuk disoal siasat.  
 
 
        Apabila mengetahui hal ini Mak Limah sangat menyesal kerana terlalu mengikut kehendak Amirul. Namun segalanya telah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.
 

Ain maisarah, (2018-01-13 23:05)
Moga karangan ini menjadi pengajran buat kita semua😊
 
dienna26, (2018-01-12 02:37)
moga karangan ini berguna untuk anda..thank you ..  
u
 
Submit a comment:

Name