Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah, by Nur Faradilla binti Mohd Fadzilah
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Nur Faradilla binti Mohd Fadzilah
Title:Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah
2017-07-13 17:10
Pada hari Rabu yang lalu,sekolah saya,Sekolah Kebangsaan Serandu telah mengadakan Sambutan Hari Raya.Majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh pihak sekolah.Tujuan majlis diadakan adalah untuk dan mengeratkan silaturahim warga sekolah.  
 
     Setengah jam sebelum majlis bermula,ibu bapa dan guru-guru telah memenuhi dewan.Mereka duduk di tempat yang disediakan.Murid-murid tidak sabar menanti majlis dimulakan.  
 
     Kira-kira jam 9:15 pagi,majlis dimulakan.Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh guru besar,Puan Salmiah binti Abd Jalil.Dalam ucapannya,beliau telah melahirkan rasa bangga kerana majlis yang begitu meriah dapat diadakan.Apabila selesai menyampaikan ucapan,murid-murid bertepuk tangan.  
 
        Pada jam 10:00 pagi,majlis dimulakan dengan acara tarian    oleh beberapa orang murid-murid kelas 5 Arif.Ibu bapa dan guru-guru memberi tepukan yang gemuruh ketika peserta telah selesai membuat tarian.  
 
        Pada jam 10:30 pagi,acara ditangguhkan untuk murid-murid menjamu selera.Acara bersambung semula jam 10:50 pagi dengan aktiviti nyanyian oleh murid-murid kelas 6 Arif.  
 
     Majlis berakhir jam 1:30 petang.Sebelum acara berakhir,telah diadakan pertandingan pakaian tercantik mengikut kelas.Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar dan saya berasa amat seronok menyaksikan majlis yang begitu meriah.
 

Submit a comment:

Name