Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Banjir di Kampungku, by Sarmmila Rajen
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sarmmila Rajen
Title:Banjir di Kampungku
2017-06-12 16:45
Ahad, 12 Disember 2016  
 
Jam 10.30 malam, hujan mula turun dengan lebatnya tanpa menunjukkan tanda-tanda berhenti. Keadaan ini berlarutan sehingga ke waktu Subuh.  
 
Isnin, 13 Disember 2016  
 
Tepat jam 7.00 pagi, hujan masih lagi tidak berhenti. Air pula mula naik sedikit demi sedikit. Selain itu, ada sesetengah jalan raya telah mula dinaiki air. Apabila melihat air sudah naik, penduduk kampung mula mengambil langkah berjaga-jaga dan memindah barang ke tempat yang lebih tinggi. Keadaan semakin meruncing pada pukul 3.00 petang, air semakin naik dan jalan raya sudah tidak boleh dilalui. Jambatan yang menghubungkan kampung saya dan bandar juga telah runtuh. Operasi pemindahan penduduk kampung bermula. Bantuan yang disediakan tiba tepat pada masanya. Mangsa banjir dipindahkan ke pusat petempatan mangsa banjir.  
 
Selasa, 14 Disember 2016  
 
Pada pukul 7.30 pagi, keadaan banjir masih tidak berubah bahkan pertambahan mangsa banjir telah berlaku. Seterusnya, pada pukul 5.00 petang, masih lagi tiada perubahan tetapi mangsa banjir berada dalam bilangan yang sama dan tidak bertambah. Saya semakin lega sedikit.  
 
Rabu, 15 Disember 2016  
 
Pagi itu, kami mendapat berita gembira. Air sudah mulai surut. Satu sorakan daripada penduduk kampung apabila mendengar pengumuman bahawa kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kami menarik nafas lega dan bersyukur walaupun kerja membersih menanti kami di rumah.
 

Taksha, (2018-02-06 15:48)
i like your karangan..it is useful
 
Muhammad haikal , (2018-01-09 21:57)
I like your essay
 
Amira maisarah, (2018-01-09 21:55)
I like essay about flooding
 
Amira maisarah, (2018-01-08 22:16)
I like essay about flooding
 
Fufj, (2017-07-03 12:56)
Gay
 
rani, (2017-07-02 23:17)
no nice friend  

 
Silambaarasi a/p Vijayan, (2017-06-15 20:45)
ok nice like it  

 
Show All Comments
Submit a comment:

Name