Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kejayaan Pelajar Cemerlang UPSR, by Sarmmila Rajen
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Sarmmila Rajen
Title:Kejayaan Pelajar Cemerlang UPSR
2017-06-05 14:20
Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Encik Rafiz Raziq, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.  
 
Hadirin yang saya hormati,  
 
    Saya berasa amat terharu dan gembira kerana pihak sekolah sudi memberikan saya kesempatan untuk mengucapkan sepatah dua kata mengenai kejayaan saya ini.  
 
    Sebenarnya, saya tidak menduga akan dipilih sebagai pelajar terbaik UPSR pada tahun 2017 namun saya tetap bersyukur dan gembira atas pencapaian ini.  
 
    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu dan bapa saya atas sokongan yang mereka berikan selama ini. Begitu juga dengan jasa guru-guru yang tidak jemu menabur ilmu kepada saya sehingga saya berjaya.  
 
    Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut membantu ketika proses pembelajaran. Hasil perbincangan secara berkumpulan telah banyak membantu saya memahami tajuk-tajuk yang sukar.  
 
    Harapan saya agar kejayaan saya ini dapat rakan-rakan jadikan sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan dalam UPSR yang akan datang. Sekian, terima kasih.  
 
 
                                                                                 (135 patah perkataan)
 

yesss, (2019-04-03 01:06)
ashz
 
Sarmmila Rajen, (2018-02-06 15:50)
You are welcome, Silambaarasi
 
Ain maisarah, (2018-01-17 20:50)
Semoga karangan ini memberi maanfaat buat anda
 
Ain maisarah, (2018-01-11 20:23)
Okey here s' the essay
 
kitty, (2017-11-29 14:30)
it's too short  

 
Silambaarasi , (2017-06-06 03:47)
this karangan was useful to me thank you Sarmmila Rajen
 
Sarmmila Rajen, (2017-06-05 14:26)
Please leave a comment guys!
 
Submit a comment:

Name