Pada setiap hari Khamis, Julia mengikut ibunya pergi ke pasar malam. Mereka berjalan kaki ke pasar malam. Mereka hendak membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan ringan.
Mula-mula, mereka membeli ikan di gerai ikan. Mereka membeli sekilogram udang dan dua ekor ikan tenggiri. Ibunya tawar-menawar harga ikan dengan penjual.
Kemudian, mereka beredar ke gerai sayur-sayuran. Sayur-sayuran di pasar malam itu sungguh segar. Ibunya membeli sayur-sayuran seperti kangkung, timun, cili, lobak dan sawi. Harganya amat berpatutan.
Ibunya juga membeli alat permainan untuk Julia. Mereka pulang ke rumah pada pukul 10.00 malam. Julia berasa sangat gembira. |