Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara menghormati jasa ibu-bapa, by CHMS+01
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak CHMS+01
Title:Cara-cara menghormati jasa ibu-bapa
2017-05-28 17:07
     Setelah sembilan bulan dalam perut insan ini, akhirnya kita dilahirkan setelah insan ini melalui keperitan dan kesakitan. Insan ini telah bersusah payah mendidik, membesarkan dan menyayangi kita sejak kita dilahirkan tanpa jemu dan bosan. Pengorbanan inisan ini luas bagai lautan dan langsung tidak boleh dikira atau dinilai dengan apa jua unit. Tanpa insan ini, tiadalah kita pada hari ini atau hari muka. Insan ini ialah ibu bapa kita. Ibu bapa merupakan insan yang paling berharga dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita, sebagai anak-anak, mempunyai obligasi yang mustahak dalam menghargai mereka. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar kita lakukan untuk menghargai mereka?  
 
     Amanah yang paling vital dalam kehidupan anak-anak ialah belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa telah banyak mencurahkan jasa dalam mendidik kita dengan harapan kita akan menjadi seorang yang berjaya kelak. Lantaran itu, janganlah kita membazirkan jasa dan memusnahkan harapan mereka sewenang-wenangnya. Kita seharusnya rajin belajar untuk mendapat keputusan cemerlang seterusanya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Tiada ibu bapa yang tidak gembira dan bangga apabila melihat anak-anak berjaya dalam kehidupan dan jasa mereka dihargai.  
 
     Lebih-lebih lagi, apabila kita berjauhan dengan ibu bapa, bukannya tidak ada cara untuk menghargai mereka. Bak kata pepatah, tiada kusut yang tidak boleh dileraikan. Kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahgagiaan mereka seperti mana mereka mendoakan kejayaan kita di rumah. Kita perlu berdoa mengikut prinsip dan ajaran agama masing-masing. Setiap agama pasti ada mengajar kebaikan dan pasti ada menuntut umatnya agar taat kepada ibu bapa, menghargai, membalas, mengingati jasa mereka dan menghormati mereka. Walaupun tingkah laku ini tidak dapat dilihat oleh mereka namun mereka boleh merasakannya.  
 
     Sementelahan, kita perlu sentiasa berbudi bahasa iaitu mengungkapkan kata-kata dengan sopan dan elok. Secara tidak langsung, mereka berasa mereka dihormati, dihargai dan dititikberatkan dalam kehidupan anak-anak. Kesan daripada sikap berbudi perkerti mulia, nama baik dan imej mereka dapat dijaga dan dipelihara. Anak ibarat cermin kepada ibu bapa. Apa-apa jua yang dilakukan oleh anak-anak pasti mencerminkan keperibadian ibu bapa. Oleh itu, janganlah kita mengeruhkan cermin tersebut.  
 
     Bukan itu sahaja, kita juga perlu menjenguk dan balik ke rumah sekali-kjala walaupun sudah berumah tangga. Ibu bapa tetap ialah ibu bapa tidak kira kita masih kecil atau sudah berdikari. Sikap ini dapat menunjukkan kita masih menghargai dan prihatin terhadap mereka. Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati. Kita juga boleh memberi hadiah sebagai tanda penghargaan atau kenang-kenangan buat mereka. Hal ini juga dapat menggembirakan hati mereka.  
 
     Untuk menutup bicara saya, saya ingin menasihati anda semua supaya sentiasa menghargai ibu bapa yang telah berkorban seumur hidup demi kita. Seal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita menjadi seperti Si Tanggang yang tidak menghargai sebaliknya melupakan jasa ibu bapa bagai kacang lupakan kulit.
 

Farisha, (2018-01-11 20:26)
Welcome
 
Ain maisarah, (2018-01-11 20:26)
Okey thank you
 
Farisha, (2018-01-11 20:26)
Betullah tu esei tu ain maisarah
 
Ain maisarah, (2018-01-11 20:25)
Tu esei ke saya taklah berapa paham sangat
 
yan yan, (2017-06-20 12:31)
Karangan ni terlalu panjang. Bkankah karangan UPSR tidak melebohi 120 patah? Ini dah jadi esei.
 
Submit a comment:

Name