Welcome!

Contoh Karangan UPSR: AKU SEBUAH KIPAS MEJA , by LOSHERNII RAGU 罗诗妮
 

Contoh Karangan UPSR
Name:LOSHERNII RAGU 罗诗妮
Title:AKU SEBUAH KIPAS MEJA
2017-05-20 21:49
    Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam,Selangor.Anggota keluargaku ada pelbagai bentuk.Ada yang tinggi,ada yang rendah,dan ada yang boleh melekat di dinding.Ada juga yang boleh digantung di syiling.  
    Bentuk badanku rendah.Aku adalah daripada jenis kipas meja.Tugasku menyamankan udara yang panas.Setiap rumah pasti memiliki aku dan keluagaku.Leih-lebih lagi,keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas.  
     Selepas anggota badan aku dibawa ke sebuah pasar raya.Di sana aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang pelbagai jenama dan bentuk.Aku berasa gembira kerana mendapat kenalan baru.Aku dipamerkan di suatu sudut.  
        Pada petang itu,seorang wanita muda berkunjung ke pasar raya itu.Dia melihat-lihat barangan yang di situ.Kemudian,dia berhajat untuk membeli aku.Setelah membuat pembayaran,aku dibawa ke rumahnya.  
        Setiap hari aku menyejukkan keadaan biliknya.Kini,sudah setahun aku berkhidmat dengan tuanku ini.Aku senang hati berkhidmat dengannya.Dia menjaga aku dengan baik.Seminggu sekali aku dibersihkannya.  
         Pada hari minggu itu,tuanku mengemas biliknya.Ketika dia sedang membersihkan permaidani,dia telah terlanggar tubuhku tanpa sengaja.Aku terjatuh.Badanku berasa sakit.Aku tidak dapat digunakan lagi.Tanganku patah.Aku tidak dapat berkhidmat kepadanya lagi.  
            Aku diletakkannya di dalam stor.Keadaan stor ini agak gelap.Aku amat sedih kerana aku terpinggir di tempat ini.Kini,aku keseorangan.