Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ibu saya, by daniel_?__ Tahun Lima
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka daniel_?__ Tahun Lima
Title:Ibu saya
2017-05-01 20:37
Saya mempunyai ibu yang penyayang.Nama ibu saya ialah Surmani dan berumur 36 tahun.  
 
Hobi ibu ialah menanam pokok bunga.Ibu suka hobi ini kerana dapat menghijaukan halaman rumah.Nenek saya yang mengajar ibu menanam pokok bunga dengan cara yang betul,oleh itu,jiran ibunya memuji ibu saya pandai menceriakan halaman rumah.  
 
Makanan yang digemari oleh ibu ialah tomyam.Kadang-kala, ibu memasaknya untuk kami sekeluarga.Ibu juga menukar makanan dengan jiran-jirannya.  
 
Ibu menjaga kami dengan menatang minyak yang penuh.Ibu pun mengambil berat akan pelajaran kami.Ibu mengajar kami dengan sabar supaya kita paham.Apabila kita sakit,ibu pun menjaga kami sehingga sembuh.  
 
Saya berasa bangga akan ibu saya kerana ibu telah banyak berjasa kepada kami,oleh itu,kami berjanji akan berbalas budi kepada ibu kami.  
 

 

tak de name, (2017-05-12 20:41)
so sweet anak ngan mak  

 
Ibu, (2017-05-03 21:22)
Sungguh baik anak sayang ini.
 
Submit a comment:

Name