Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sepasang kasut, by Adrianna
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Adrianna
Title:Aku sepasang kasut
2017-04-24 17:54
Aku ialah sepasang kasut.Nama aku Nike.Aku dilahirkan di Amerika.Aku diletakkan di dalam sebuah kotak dan dihantar ke Malaysia.Sebuah lori membawa aku dan kawan-kawanku ke Temerloh,Pahang.Sebaik sahaja sampai aku dipamerkan di sebuah rak kaca.Aku berharga RM438.90.Setiap hari ramai pelanggan memuji kualitiku dan kecantikanku tetapi mereka tidak mampu membeliku.  
                Pada suatu hari,seorang lelaki membeliku.Lelaki itu ialah orang yang berada.Sampai sahaja di rumah lelaki itu dia memberikan kepada anaknya,Arif.Arif adalah atlet di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia.Arif selalu mendapat tempat pertama apabila bertanding.  
                 Arif selalu membawa aku ke taman permainan untuk berlatih.Kawan-kawanya selalu memujiku.Arif menjagaku dengan baik sekali.Aku disimpan di rak yang khas.Apabila tapakku koyak atau haus,Arif akan mengantikanya.  
                     Pada suatu hari,Arif menyertai pertandingan berlari di SMK Seberang Temerloh.Arif memakai aku pada kakinya.Apabila satu tembakan dilepaskan ,Arif mula berlari.Tiba-tiba,dia terjatuh kerana terlanggar batu yang agak besar.Badanku calar-balar dan terkoyak.  
                        Arif dihantar ke klinik untuk menerima rawatan.Selang beberapa hari,aku dibuang kerana kerosakan aku teruk.Begitulah riwayatku sebagai sepasang kasut tetapi aku bangga kerana dapat berbakti kepada tuanku walaupun aku tidak boleh dipakai lagi.
 

💗🏀JERRY祯琳👻🎃, (2018-04-03 02:33)
wao!😱best karangan👍👍👍
 
SKJG{2}, (2017-06-13 19:00)
BERAPA PATAH PERKATAAN?  

 
Chelsia, (2017-05-07 09:05)
Totalmente d&r;d178acco#2o. L’idea è bella, la realizzazione lascia a desiderare. Se si vuole comunicare un messaggio di trasgressione bisogna essere coerenti e andare fino in fondo, per farsi ricordare dal maremagnum della comunicazione pubblicitaria automobilistica. Altrimenti tanto valeva fare la solita pubblicità standard e andare sul sicuro.
 
Jodi, (2017-05-06 13:50)
You really found a way to make this whole proescs easier.
 
Naveen, (2017-04-27 20:54)
Im waiting for more malay karangan....plz submit some karangan.....
 
Naveen, (2017-04-27 20:49)
best karangan bro.thank you.....
 
Naveen, (2017-04-27 20:46)
best karangan bro.thank you.....
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name