Welcome!

Contoh Karangan UPSR: "kawan ketawa mudah dicari,kawan menangis susah didapati", by Qasyah Jamodar
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Qasyah Jamodar
Title:"kawan ketawa mudah dicari,kawan menangis susah didapati"
2017-04-21 14:37
Fitri sangat murah hati dan gemar membelanja kawan-kawannya.Kawan-kawannya dibenarkan mengambil apa-apa sahaja yang dijual di kantin.Fitri yang akan membayarnya.Hal ini menyebabkan orang menyukainya.  
 
     "Fitri,jemulah makan makanan yang dijual di kantin.Lepas sekolah nanti marilah ke bandar.Kita makan pizza ataupun ayam goreng,"luah Badrul dn disokong Oleh rakan-rakannya yang lain.Fitri akhirnya tanda setuju.  
 
        Pada petang itu,Fitri dan rakan-rakannya makan di luar.Sambil makan,mereka besembang-sembang hingga jam 4.00 petang.Lagak mereka tidak seperti budak sekolah,sedangkan mereka masih dalam Tahun Enam di sekolah rendah.  
 
        Helmi yang mengetahui tentang kegiatan mereka itu hanya memerhatikan sahaja.Dia tidak mahu turut serta kerana sedar tanggungjawabnya terhadap keluarga.Lagipun,dia perlu pulang awal untuk membantu ayahnya di kebun.  
 
     Pada suatu hari, terpampang di akhbar bahawa ayah Fitri didakwa kerana menerima rasuah.Kehidupan Fitri terus berubah.Jika selama ini dia mewah berbelanja,kini dia cuma dibekalkan dengan wang RM 1 sehari.  
 
     Kawan-kawannya yang dahulu tida mahu berkawan dengannya lagi.Helmi mendekati Fitri lalu memintanya bersabar."Sabarlah,kawan ketawa mudah dicari,kawan menangis susah didapati."kata Helmi.
 

@hsvj, (2019-03-29 04:05)
Terima kasih kerana membantu saya😃
 
Jaycee, (2017-05-06 14:03)
As Charlie Sheen says, this article is "WNNNIIG!"
 
Submit a comment:

Name