Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Televisyen, by Logan
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Logan
Title: Aku Sebuah Televisyen
2017-03-23 00:55
 
                    Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka sering menggunakan aku untuk berhibur. Oleh itu, ramai manusia ingin memiliki aku untuk berhibur semasa mereka di rumah, di warung-warung dan sebagainya.  
 
                    Setelah aku dan rakan-rakan selesai dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam sebuah kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.  
 
                    Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti akan melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau bagaimanapun, mereka tidak membeli ku kerana harga ku agak mahal.  
 
                    Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia sangat meminati ku lalu cuba tawar-menawar dengan tuan kedai untuk membeli ku. Akhirnya dia bersetuju membeli ku dengan harga RM3600.00.  
 
                    Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang tamu rumahnya. Aku lihat isteri    dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku sering digunakan oleh mereka tanpa mengira waktu.  
 
                    Walaupun aku berasa sangat penat, namun aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku menghiburkan mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang walaupun pada waktu hujan dan kilat sambar-menyambar. Aku berasa sedih kerana mereka tidak memperdulikan akan keselamatan diri ku.  
 
                    Pada suatu malam, aku terpadam secara tiba-tiba akibat disambar petir semasa mereka asyik menonton ku. Aku telah dibawa ke kedai untuk dibaiki namun tidak berjaya kerana perutku telah hangus terbakar. Akhirnya aku dibuang ke tempat perlupusan sampah. Aku berasa amat sedih tetapi aku tetap berasa bangga kerana dapat juga aku membuat bakti menghibur keluarga tuan ku semasa hidup ku.
 

Terrah, (2017-05-06 13:18)
You have shed a ray of susnnihe into the forum. Thanks!
 
Terrah, (2017-05-06 13:18)
You have shed a ray of susnnihe into the forum. Thanks!
 
Submit a comment:

Name