Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah dompet, by NUR FATIA NAJWA
 

Contoh Karangan UPSR
Name:NUR FATIA NAJWA
Title:aku sebuah dompet
2017-03-12 20:26
NAMAKU PRADA.AKU DILAHIRKAN DI KOTA LONDON.WARNA BADANKU COKLAT TUA DAN HITAM.HARGAKU MAHAL KERANA JENAMAKU TERKENAL DI SELURUH DUNIA.  
          
         PADA SUATU HARI,SEORANG PELANCONG WANITA DARIPADA MALAYSIA TELAH MEMBELIKU SEBAGAI CENDERAMATA UNTUK ANAK LELAKINYA,YANG BERNAMA JOHAN.DARI LONDON AKU BERHIJRAH KE MALAYSIA,NEGARA BAHARUKU.  
 
         JOHAN AMAT GEMBIRA DAN BANGGA MENERIMA HADIAH MAHAL DARIPADA IBUNYA.DENGAN PANTAS DIA MEMINDAHKAN DOKUMEN PERIBADI DAN WANGNYA KE DALAM BADANKU.JOHAN MENJAGAKU DENGAN BAIK DAN SENTIASA MEMBAWA AKU DI DALAM SAKUNYA.  
 
         SUATU HARI KETIKA JOHAN SEDANG MEMBAYAR WANG DI KAUNTER STESEN MINYAK,TIBA-TIBA SEORANG PEMUDA MERAGUT TUBUH BADANKU.AKU MENJERIT-JERIT MINTA DISELAMATKAN.AKU TIDAK RELA BERTUANKAN SEORANG PERAGUT YANG ZALIM.PERAGUT ITU CEPAT-CEPAT MENGELUARKAN WANG DAN TERUS MENCAMPAKKAN BADANKU KE DALAM LONGKANG TANPA BELAS KASIHAN.  
 
         KINI,SUDAH SEMINGGU AKU BERADA DI DALAM LONGKANG.KULITKU TERUS MENGEMBANG.AKU MENANTI HARI KEMATIANKU