Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebakaran yang berlaku di sebuah taman perumahan, by ZEFRI HAIKAL BIN MD ZAILANI
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah ZEFRI HAIKAL BIN MD ZAILANI
Title:kebakaran yang berlaku di sebuah taman perumahan
2017-03-12 19:59
NILAI,Isnin-suatu kebakaran dasyat telah berlaku di Taman Rajawali yangn mengakibatkan enam buah rumah teres rosak teruk.Kebakaran itu berlaku pada pukul 2.00pagi yang berpunca daripada kebocoran gas.Lima buah kereta turut musnah.Kerugian ditaksirkan melebihi RM1 juta                                              
 
         Pihak bomba Nilai menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.10 pagi dan tiba sepuluh minit kemudian.Walau bagaimanapun,empat buah daripada sederet rumah teres itu telah    hangus terbakar ketika bomba tiba.Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dua jam kemudian.  
 
         Dalam kejadian tersebut seorang warga emas,Tahar Abdullah,rentung.Api yang marak dengan begitu pantas menyebabkan kerja menyelamat sukar diteruskan.  
 
         Sebanyak 24 orang mangsa kebakaran kehilangan tempat tinggal dan ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Taman Rajawali.Bantuan kilat diusahakan oleh Wakil Rakyat  
kawasan berkenaan,iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Daud Ali.  
 
         Berikutan kejadian tersebut,pihak bomba menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan dapur gas untuk mengelakkan kebakaran.  

 

SZW, (2018-03-28 01:11)
6 perenggan baru betul
 
Dortha, (2017-05-06 13:19)
We've arirved at the end of the line and I have what I need!
 
Submit a comment:

Name